Tuesday 29 October 2013

Sejarah Perkembangan Shaklee

Assalamualaikum wbt, 

Hai kawan2, semoga semua sentiasa ceria dan positif setiap hari. 


"The More You Share With Others,
The More Valuable Your Share Will Become..
Do Unto Others As You Would
Have Them Do Unto You Too. "


Lebih Banyak Anda Berkongsi Dengan Orang Lain,
Lebih Tinggi Nilai Saham Anda.
Lakukan Kepada Orang Lain Sebagaimana Anda
Mahu Mereka Lakukan Kepada Diri Anda..


Hari ini jom kita share antara Sejarah Perkembangan Shaklee Terhadap Alam Sekitar okay.
Diasaskan pada tahun 1956, Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang memperoleh persijilan 'Climate Neutral" dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksida - menghasilkan impak sifar ke atas alam sekitar.

1960 - Shaklee memperkenalkan Basic H - bahan pencuci biodegrasi dan tidak bertoksik yang pertama di dunia.

1989 - Shaklee dengan kerjasama American Himalayan Foundation telah menanam lebih drpd 1 juta pokok di Asia.

1990 - Shaklee menerima anugerah "Family Circle's Green-Chip" sebagai salah satu daripada 10 syarikat yg mesra alam sekitar.

1991 - Produk utk kegunaan rumah digunakan dalam Projek "Biosphere 2".

1996 - Produk Shaklee digunakan di atas kapal Odyssey, yg menjalankan penyelidikan dan pengumpulan data pencemaran laut di seluruh dunia.

2000 - Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yg memperoleh persijilan "Climate Neutral".

2002 - Shaklee dianugerahkan "Climate Protection" oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.

2002 - Shaklee menerima anugerah "Environmental Stewardship" daripada Social Accountability International.

2003 - Shaklee menyokong pembinaan turbin tenaga angin bagi Orang Asli Amerika.

2003 - Shaklee membantu penukaran bas sekolah diesel di San Bernardio, California kepada biodiesel.

2005 - Shaklee menyokong usaha Dr. Wangari Maathai, pemenang Nobel Peace 2004 ke atas projek beliau - "Green Belt Movement".

2007 - Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yg mengimbangi pembebasan karbon, iaitu kerjasama dgn sebuah organisasi yg dipelopori oleh Dr. Jeffrey D. Sachs.

2007 - Shaklee dipilih oleh Healthy Child Healthy World utk menjadi rakan kongsi kepada penghasilan video "Creating Healthy Environment for Children".

2007 - Shaklee dipilih oleh pengeluar filem "The 11th Hour" (dokumentari alam sekitar yg dinarratorkan oleh Leonardo DiCaprio) sbg rakan kongsi kpd pengeluar filem - merujuk kpd komitmen dan sumbangan Shaklee sbg penerajui alam sekitar.

Misi di Shaklee selama lebih 50 tahun adalah membuat produk yg semulajadi selamat DAN terbukti berkesan. Setiap produk yg masuk ke dalam setiap botol Shaklee direka utk meningkatkan kesihatan, bekerja tanpa kompromi dan menjadi mesra alam di bumi ini. 

Apabila kita memilih Shaklee, kita akan tahu TIGA perkara BENAR.

* Ia adalah sentiasa selamat.

* Ia sentiasa berkesan.

* Ia sentiasa mesra alam.
Mudah2an ia akan memberi yg terbaik utk kawan2 semua. Inshaa Allah.

Thursday 24 October 2013

Lecithin

Assalamualaikum wbt,

Hai kawan2, Lecithin merupakan salah satu suplemen yang paling hangat permintaannya pada masa kini. Ramai yang sedar tentang kelebihan Lecithin sebagai salah satu pembantu kepada program diet. Namun Lecithin bukan setakat berfokus ke atas program diet sahaja malahan terdapat banyak lagi manfaat lain yang boleh diperoleh daripadanya. 

Kepentingan Lecithin :

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :

Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
Kolin – satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA :-

  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.


PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari Cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin.

UNTUK WARGA TUA
Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
Ia juga membantu mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dan sebagainya.

UNTUK PENGHADAMAN
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil "bile" daripada kolesterol. "Bile" amat penting untuk proses penghadaman.

UNTUK SEL
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel. Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita.

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014 :NOR HIDAYAH BAHARUDIN