Tuesday 10 December 2013

Kebaikan OmegaGuard Utk Bayi dan Kanak2 Membesar

Ibu2 hamil yg gorgeous sekalian,


Tahukah anda bahawa OmegaGuard mampu membantu dlm perkembangan otak bayi dari peringkat janin lagi? 

Ya, OmegaGuard ada Omega-3 yg membekalkan DHA untuk disalurkan kepada bayi dalam kandungan. Seperti kalsium, bayi di dalam kandungan akan menyerap Omega-3 yang berfungsi untuk membekal DHA dalam tubuh ibu untuk tumbesaran otak mereka. Oleh yang demikian, bekalan Omega-3 yang ada dalam tubuh ibu2 bakal berkurangan sekiranya kurang mengambil makanan berzat yang mengandungi sumber Omega-3 seperti ikan, krill dan sebagainya.

Ibu2 cuba bayangkan jika sumber Omega 3 kita berkurangan, kita pula hamil dan menyusu anak, anak-anak sudah pun menyerap Omega-3 dengan banyak daripada kita. 
Jika seorang tahan lagi, jika anak sudah ramai? 

Berapa banyak bekalan Omega-3 kita susut? 

Sesetengah ibu hamil, ada yang selera berkurang, ikan tak lalu makan, tumbuhan yg ada Omega-3 pun tak lalu makan..ubat klinik pun tak dapat nak telan..aduhai..macam kes saya masa mengandung dulu ;)


Maka tak hairan jika kita sebagai ibu dan dalam mengurus hal ehwal rumah tangga, asyik lupa aje. Betul tak yek? Ada kebarangkalian kerana DHA kita dah berkurang. Otak boleh mengecut dan blood flow dalam otak kurang lancar. Agak2 apa akan terjadi ye sekiranya tiada langkah awal dari sekarang? 

Jika ibu2 bukan pemakan ikan khususnya ikan yang mempunyai kandungan tinggi Omega-3: (antaranya ialah salmon, mackerel, herring dsb), ambillah supplement minyak ikan seperti Omega Guard ni. Utk kesihatan kita juga. 


  Ibu2 menyusu juga digalakkan mengamalkan OmegaGuard ini untuk membantu meningkatkan kandungan DHA yang semulajadi ada dalam susu ibu supaya bayi dapat mperoleh nutrien yang optimum daripadanya. 

Inshaa Allah dengan pengambilan OmegaGuard secara konsisten, ibu2 akan dapat melihat perkembangan bayi anda yang cerdas dan pintar semestinya khasiat dari susu ibu2.

Anak2 yg sedang membesar, ibu2 boleh gabungkan khasiat OmegaGuard bersama dengan Mealshake yang mengandungi banyak vitamin dan mineral dalam diet pemakanan anak2 utk membantu tumbesaran mereka supaya cergas, cerdas dan pintar!

Biiznillah.. ♡♥♡♥

Kredit info dari Kak Nur Nitra. ♥ u sis!




Saya pastikan Alya dan Hakimi mengambil Mealshake dalam susu pertama mereka setiap hari. :)

Cerita Pokok dan Mancis.

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu, setiap kali ada gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar.

Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn perasaan marah hanya kerena gesekan kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat pula makan burung.

Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.
Believe in "Cause & Effect"

Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai...

Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014 :NOR HIDAYAH BAHARUDIN