Wednesday 17 December 2014

Kenapa perut kita buncit??

Assalamualaikum wbt!

OHHHHHH PERUTKU BUNCITNYAA....

Hm...Inilah gambaran sebenar yg berada dalam perut yg buncit. Dipenuhi dengan lemak2 yg terkumpul dan memendap di bahagian abdomen perut kita.

Kenali faktor-faktor yg menyebabkan keadaan ini berlaku supaya kita mampu berbuat sesuatu sebelum keadaan menjadi tidak selesa, menyukarkan pergerakan dan kita jadi keletihan.

1. Kekerapan mengambil makanan yg tak seimbang.

Karbohidrat dgn indeks glisemik tinggi spt nasi, roti putih, mee dan biskut. Serta gula dan minuman manis boleh meningkatkan paras insulin dlm darah sekaligus menyebabkan lemak terkumpul.

2. Tidur selepas makan.
Proses penghadaman akan terganggu. Jarakkan sekurang2nya 2 jam selepas makan utk tidur.

3. Merokok / menggunakan tembakau.

Sikap suka merokok slps makan - perut berisiko kembung dan membantutkan proses penghadaman yg sepatutnya berfungsi dgn baik.

4. Pengambilan alkohol

Menganggu enzim dan fungsi sistem metabolisme dlm hati terjejas. Hati terpaksa bekerja keras utk menyingkir alkohol dan proses menyaring gula akan tertangguh.

5. Stress tak terkawal

Hormon kortisol meningkat manakala kadar hormon testosterone, thyroid dan tumbesaran menurun. Kekurangan hormon2 ini menyebabkan lemak terkumpul dlm abdomen.

6. Tidak aktif secara fizikal.

Spt bersenam. Otot menjadi lemah dan aktiviti membakar kalori yg memerlukan metabolisme tinggi tidak mampu berlaku jika otot kita lemah.

7. Perubahan hormon akibat penuaan.

Bagi wanita berlaku ketika menopaus. Kesan kekurangan estrogen. Manakala lelaki andropous. Kesan kekurangan testosteron. Menurut kajian saintifik,  kesan kekurangan keduanya menyebabkan lemak terkumpul di dalam abdomen. Maka wujud keadaan, adakala warga emas semakin tua tubuh semakin kecil tetapi perut ketara membuncit.

Diharap sedikit sebanyak info ini membantu.

No comments:

Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014 :NOR HIDAYAH BAHARUDIN